'Siren' kapal telah dibunyikan tiga kali. Kapal telah mula bergerak meninggalkan 'Semporna'. Air laut berombak-ombak akibat geseran kapal yang sedang lalu. Penumpang-penumpang pula duduk-duduk di atas dek secara berkumpulan mengikut keluarga masing-masing. Ada juga yang berdiri-diri ditepi 'railings' kapal sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas. Suraya bersama Makciknya telah menyewa sebuah bilik kelasi kapal yang mempunyai sebuah katil dua tingkat. Mereka berdua berehat sambil 'limpang-limpang' di atas katil.
Tidak lama kemudian, 'ransum' telah mula disajikan. Penumpang-penumpang telah mula berbaris panjang, untuk mendapatkan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak pengurusan kapal. Makanan ini disediakan bagi penumpang-penumpang yang bukan terdiri dari penumpang Kelas Satu, dan Dua. Bagi penumpang yang membeli tiket Kelas Satu atau Dua akan disediakan makanan di Dewan Makan. Suraya dan Makciknya tidak turut serta berbaris untuk mendapatkan 'ransum' kerana sebelum menaiki kapal tadi, mereka berdua telahpun makan dirumah.
Setelah selesai makan, penumpang-penumpang duduk-duduk santai di atas dek dan ada juga yang mengorak tikar dan limpang-limpang, sementara menunggu kapal sampai ke destinasi yang dituju. Tiba-tiba kedengeran suara riuh rendah dari tepi kapal. Rupa-rupanya, kanak-kanak 'Pelauh' sedang bermain-main, berdirian didalam sampan sambil dilambung-lambung ombak yang terhasil oleh kapal yang sedang lalu. Mereka begitu serasi dengan laut. Ada yang begitu kecil, bertelanjangan sekejap-sekejap terjun kelaut cuba mengutip duit syiling yang dilontarkan oleh penumpang-penumpang kapal kepada mereka. Ada juga penumpang melontarkan makanan yang dibungkus dalam plastik. Siuk meninguk anak-anak Pelauh ini yang pada mereka laut itu samalah seperti padang permainan.

No comments:
Post a Comment